Kereta Sewa Malaysia Di Shah Alam, Kuala Lumpur, Penang, Melaka Dan Langkawi

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia

Kereta Sewa Malaysia Di Shah Alam, Kuala Lumpur, Penang, Melaka Dan Langkawi

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia

Kereta Sewa Malaysia Di Shah Alam, Kuala Lumpur, Penang, Melaka Dan Langkawi

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia

Kereta Sewa Malaysia Di Shah Alam, Kuala Lumpur, Penang, Melaka Dan Langkawi

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia

Kereta Sewa Malaysia Di Shah Alam, Kuala Lumpur, Penang, Melaka Dan Langkawi


Perkhidmatan Sewa Kereta Untuk Semua (Car Rental Service)

Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka, atau George Town, Penang, mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Harga minyak yang makin meningkat, menjadi punca kenaikan kos sara hidup yang kian hari membebankan. Membeli kereta persendirian memang memudahkan pergerakan hari-hari untuk ke tempat kerja, keluar makan, membeli-belah dan sebagainya. Bagaimanapun, di kota raya yang saban hari sesak dengan kenderaan, menjadikan perjalanan ke destinasi memakan masa yang lama serta memenatkan. Ruang meletak kenderaan juga terhad, terutamanya di tempat-tempat tumpuan ramai. Pengangkutan awam menjadi alternatif dalam mengurangkan kesesakan lalulintas serta, tiada lagi masalah tentang  tempat meletak kenderaan. Namun begitu, penggunaan pengangkutan awam adalah terhad, sama ada dari segi muatan, mahupun perkhidmatan yang terhad ke kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dengan menyewa kenderaan dari syarikat kami, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda perlu, pada bila-bila waktu, dan anda boleh memandu pelbagai model kereta yang anda mahu. Servis kereta sewa  (car rental service) kami meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Dari Johor Bharu ke Kota Bharu, Melaka ke George Town, ataupun dari Kuala Lumpur ke Kuantan, tiada lagi masalah untuk anda ke semua destinasi, dengan menggunakan kereta sewa kami.


Kenapa Sewa Kereta Dengan Bus Charter Malaysia?

Kami di Bus Charter Malaysia menawarkan pelbagai pakej sewa kereta yang menarik, dan dengan harga yang berpatutan. Selain bas dan van, kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta yang terdiri daripada jenis kompak, sedan, dan juga mewah. Antaranya seperti; Perodua Myvi/ Axia/ Viva, Proton Saga/ Inspira/ Persona, Honda City, dan BMW. Kami juga mempunyai kenderaan jenis MPV untuk disewa, seperti; Toyota Alphard/ Vellfire/ Innova/ Estima, Hyundai Starex, Proton Exora dan juga Perodua Alza. Kereta sewa kami, boleh didapati dengan transmisi manual dan automatik. Anda juga boleh membuat permintaan untuk menyewa kereta yang dilengkapi dengan sistem navigasi (Navigation system).

Jika anda merancang untuk membawa keluarga bercuti seperti ke Langkawi, Ipoh, Alor Setar atau Putrajaya, anda juga boleh menyewa van yang boleh memuatkan sehingga 18 penumpang. Kami juga menyediakan khidmat pemandu, yang boleh membawa anda mengembara ke seluruh Malaysia.


Testimonial

Sarah,

“ Ini merupakan kali keempat saya sewa kereta dengan Bus Charter Malaysia. Bukan sahaja tempahan kereta sewa boleh dibuat secara online, malah kakitangan mereka sangat cekap, dan banyak membantu dalam rancangan perjalanan saya bersama keluarga. Terima kasih saya ucapkan kepada kakitangan Bus Charter Malaysia J.”

Firdaus,

“ Kerana tidak sempat membeli tiket pulang ke kampung pada hari raya yang lalu, saya dan kawan-kawan bersepakat untuk menyewa kereta. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dari Ampang ke Kangar, selamat dan menyeronokkan, kerana kereta yang saya sewa, sangat selesa dan bersih. ”


Bagaimana Untuk Mendapatkan Servis Sewa Kereta Dengan Bus Charter Malaysia?

Mudah saja, anda hanya perlu;

  • Hubungi kami di talian dibawah, dan kakitangan kami akan menyambut panggilan anda, serta menjawab semua pertanyaan anda dengan mesra. Atau,
  • Anda boleh menghubungi kami melalui emel seperti di bawah, dan kakitangan kami akan menghubungi anda kembali dengan kadar yang segera. Atau,
  • Anda juga boleh mengisi butiran anda di ruangan yang disediakan di bawah, kemmudian kakitangan kami akan segera menghubungi anda. Atau;
  • Anda boleh melawat laman Facebook kami (pautan segera terdapat di bawah), dan hubungi kami melalui Private Message (PM), atau anda boleh terus meninggalkan pesanan anda di ruang status kami.

Tunggu apa lagi, hubungi kami segera untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik apabila anda sewa kereta dengan kami.

Untuk maklumat lanjut

E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881

Untuk maklumat lanjut

E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881

Whatsapp Us