Sewa Van, Bas, Lori Dan Kereta Di George Town, Butterworth, Batu Feringghi, Jelutong, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan Seluruh Penang
Bus Charter Malaysia menyediakan perkhidmatan sewa van, MPV, lori, bas persiaran dan kereta bagi kawasan Pulau Pinang. Servis sewa kami meliputi ke semua daerah di Pulau Pinang; Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Bukit Bendera, Jelutong, Tanjong, Bagan, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
Pulau Pinang atau George Town terkenal dengan jambatannya dan juga Lim Guan Eng. Tidak kurang juga Plaza Gurney atau Batu Feringgi. Bukit Bendera juga berbaloi untuk dilawati. Jika anda merancang untuk melancong atau membuat rombongan ke Pulau Pinang, anda boleh terus menghubungi kami di talian di bawah untuk sewa pelbagai kenderaan sama ada van, MPV, bas atau kereta. Bus Charter Malaysia juga menyediakan servis ulang-alik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang dan juga Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Sewa Kenderaan Di Universiti Sains Malaysia
Majlis konvokesyen dan juga pendaftaran pelajar di universiti yang terulung di Penang ini, merupakan acara utama yang menyaksikan kehadiran keluarga pelajar yang sangat ramai. Pada masa ini, adalah waktu yang sesuai untuk mengambil kesempatan menerokai Penang. Buat tempahan segera untuk mendapatkan kenderaan sewa pilihan anda.
Perkhidmatan pindah barang (Movers), juga disediakan di Bus Charter Malaysia. Kami boleh membuat penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia tidak kira berapa jumlah muatan anda. Usah risau dengan keselamatan barang anda, kerana ianya di bawah jaminan syarikat kami, selain kami juga mempunyai kakitangan yang cekap dan berpengalaman.
Bagi pelajar yang ingin menyewa kenderaan dengan Bus Charter Malaysia, kami menyediakan tawaran kadar sewa yang istimewa untuk para pelajar. Hanya bawa lesen memandu dan juga kad pelajar anda sebagai bukti. Tawaran ini bukan hanya untuk pelajar USM sahaja, semua golongan pelajar dari mana-mana pusat pengajian juga akan mendapat kadar sewa yang lebih murah dengan Bus Charter Malaysia. Tempah segera, kerana kami mempunyai pakej yang terhad. – *Tawaran ini tidak termasuk pada waktu puncak dan cuti am.
Sewa Pengangkutan Harian Di George Town Penang
Bus Charter Malaysia menyediakan khidmat sewa kenderaan untuk pelbagai kegunaan bagi jangka masa pendek dan panjang:
- Pengangkutan untuk pelancongan
- Servis ulang-alik ke lapangan terbang
- Pengangkutan ke hotel di seluruh Pulau Pinang
- Pengangkutan ulang-alik pekerja
- Pengangkutan untuk rombongan atau lawatan.
- Pengangkutan pelajar
- Sewa kenderaan harian/minggu/bulan
- Lori pelbagai muatan (berkanvas)
- Khidmat pindah rumah/pejabat/kedai
*Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa dengan pemandu untuk memudahkan perjalanan anda. Pemandu kami adalah terlatih dan berpengalaman dalam sektor pelancongan, logistik serta pengangkutan.
Sewa Van & MPV Di George Town Penang
Kenderaan sewa yang disediakan untuk pelanggan kami, sentiasa diselenggara dengan baik dari segi kebersihan dan juga teknikal. Antara van dan MPV (Diesel / petrol) yang sedia untuk disewa ialah:
- Toyota; Hiace, Vellfire, Alphard (7 – 8 tempat duduk)
- Hyundai Starex (11 tempat duduk)
- Kia Pregio (12 tempat duduk)
- Nissan Urvan (15 tempat duduk)
- MPV (Toyota; Estima, Innova & Avanza. Proton Exora & Perodua Alza)
- Van persiaran sehingga 18 tempat duduk
Sewa Kereta Di George Town Penang
Kereta kompak, sedan dan mewah juga boleh didapati di sini, dengan transmisi manual dan automatik. Berikut adalah kereta yang sedia untuk disewa:
- Perodua; Myvi, Axia, Kancil & Viva
- Proton; Saga, Inspira, Persona, Waja, Iswara Aeroback & Wira
- Honda; Civic & City
- Toyota; Vios, Camry & Hilux (4×4)
- Kia Optima
- BMW
- Mercedes
Sewa Bas Atau Lori Di George Town Penang
Servis bas dan lori sewa kami, boleh didapati dengan pelbagai muatan, antaranya:
- Bas ekspress/ coach/ persiaran
- Bas mini
- Bas mini carta ulang-alik ke lapangan terbang
- Lori pelbagai muatan (berkanvas/ bertutup)
Hubungi Bus Charter Malaysia untuk mendapatkan kenderaan sewa anda, atau untuk membuat tempahan. Anda juga boleh mengisi borang yang disediakan di bawah. Kami akan menghubungi anda kembali, dengan kadar yang segera.
Untuk maklumat lanjut
E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881
Untuk maklumat lanjut
E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881