Harga Sewa Bas Di Malaysia
Destinasi | 29 seater (Ekspress Bas) | 44 seater | ||
Dua Hala | Sehala | Dua Hala | Sehala | |
JB - Melaka | RM 1995 | RM 1298 | RM 2295 | RM 1448 |
JB - KL | RM 2205 | RM 1403 | RM 2505 | RM 1553 |
JB - Genting ( Cable Car ) | RM 3045 | RM 2023 | - | - |
JB - Pulau Pinang | RM 3780 | RM 2190 | RM 4080 | RM 2340 |
JB - Seremban | RM 2205 | RM 1403 | RM 2505 | RM 1553 |
JB - Ipoh | RM 3045 | RM 1823 | RM 3345 | RM 1973 |
JB - Taiping | RM 3255 | RM 1928 | RM 3555 | RM 2078 |
JB - Alor Star | RM 4095 | RM 2348 | RM 4395 | RM 2498 |
** Harga di atas adalah untuk satu tempat bertolak dan satu destinasi sahaja.
** Caj tambahan akan dikenalkan jika tambahan perhentian diperlukan.
** Harga akan diselaraskan semasa musim puncak.
** Harga akhir tertakluk kepada pengesahan.
Sewa Bas Di Shah Alam, KL, Penang, Melaka, Langkawi Dan Seluruh Malaysia
Perlukan pengangkutan yang selesa untuk destinasi anda? Ingin bergerak dalam kumpulan yang besar? Kami di Bus Charter Malaysia menyediakan perkhidmatan sewa pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, coach, mini charter, van, kereta, limo, dan lain-lain lain yang boleh membawa anda ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.
Syarikat Bus Charter Malaysia ditubuhkan sejak tahun 1990, dan dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam servis sewa bas, kami telah melalui pelbagai perubahan yang membolehkan para pelanggan kami mendapat perkhidmatan sewa bas yang terbaik.
Setelah sekian lama menjadi hub perkhidmatan sewa bas di Singapura, kami telah mengembangkan perkhidmatan kami ke Malaysia dan telah berjaya melopori servis perkhidmatan sewa bas di sana.
Kami boleh menyediakan lebih 100 bas dalam satu masa untuk memenuhi permintaan anda.
Hubungi pihak kami melalui telefon, laman web, webmail atau isi borang di bawah, dan pihak kami akan merujuk kembali kepada anda secepat mungkin.
Sewa Bas Malaysia Untuk Menjayakan Acara Anda
Rombongan ke majlis perkahwinan tidak lengkap tanpa kehadiran saudara mara, jiran tetangga serta sahabat handai. Anda tidak perlu risau untuk membawa mereka semua ke majlis anda. Kami di Bus Charter Malaysia menyediakan pelbagai jenis pengangkutan untuk keselesaan para penumpang.
Bagaimana pula untuk kegunaan lawatan sekolah, pengangkutan pelajar atau pekerja? Kami turut menyediakan perkhidmatan sewa pengankutan untuk kegunaan harian. Anda hanya perlu hubungi kami di Bus Charter Malaysia, hub perkhidmatan sewa bas anda. Kami mempunyai pelbagai jenis bas untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
Pelbagai jenis kenderaan yang sesuai untuk semua
Perkhidmatan bas sewa kami menyediakan pelbagai jenis bas yang sesuai untuk keperluan anda. Dari kenderaan 7 tempat duduk (Maxi Cab) hinggalah 49 tempat duduk (Bas persiaran).
- Bas ekspress
- Bas 2-tingkat
- Bas mini
- Bas mini carta ulang-alik ke lapangan terbang
- Bas persiaran
- Bas Parti (VIP)
Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan lain;
- Kereta mewah untuk membawa pengantin (Bentley, Audi, Rolls Royce Silver Cloud, Jaguar MK2 Armstrong Limousine, Lamborghini, Ferrari, Porche Spyder, McLaren, BMW, Mercedes Benz, Toyata Alphard, Honda Accord dan sebagainya)
- Limosin bersama pemandu yang fasih berbahasa Inggeris (Mercedes Benz, Chrysler Limousine, Rolls Royce, Porsche, Aston Martin, Audi, BMW, Lamborghini, Jaguar & Mazda)
- Maxi cab
- Van
Bas Carta Ulang-alik ke Lapangan Terbang Di Seluruh Malaysia
Kami mempunyai pelbagai jenis bas yang boleh menampung penumpang dari 7 tempat duduk (Maxi cab) sehinggalah 49 tempat duduk. Jadi anda tidak perlu risau tentang pengangkutan anda untuk pergi dan balik dari lapangan terbang. Hanya buat tempahan di laman web kami atau anda boleh terus menghubungi kakitangan kami di talian di bawah untuk keterangan lanjut.
Bus Charter Malaysia juga menyediakan servis sewa bas pertukaran ke lapangan terbang dan bas persiaran sebagai satu pakej untuk pelanggan kami.
Sewa Bas Malaysia Sebagai Bas Pelancongan Anda
Mahu pergi bercuti ke destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia? Sewa bas dengan Bus Charter Malaysia, dan anda tidak perlu risau untuk pergi ke setiap destinasi menarik yang terkenal. Kami menyediakan pemandu yang terlatih dan mahir dengan selok belok jalan menuju ke destinasi pelancongan pilihan anda.
Anda juga tidak perlu risau dengan perjalanan jauh yang membosankan. Anda boleh menyewa bas parti kami yang mempunyai ruangan untuk anda bersantai bersama rakan-rakan anda dan kami turut menyediakan minuman bersama makanan ringan dalam bas parti kami.
Ingin bergerak dalam kumpulan yang lebih kecil? Kami juga menyediakan perkhidmatan van sewa bersama pemandu pelancong yang berpengalaman.
Keselamatan Dan Keselesaan Anda Keutamaan Kami
Keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat Bus Charter Malaysia. Setiap kenderaan yang disediakan untuk sewaan pasti diselenggara dengan baik dan pemeriksaan bas dilakukan terlebih dahulu. Keselesaan semasa setiap perjalanan akan terjamin dengan perkhidmatan kami.
Kami sentiasa memastikan pelanggan kami sampai ke destinasi dalam apa jua keadaan.
Destinasi Anda Adalah Misi Kami
Perkhidmatan sewa bas kami meliputi seluruh semenanjung Malaysia dari Kedah hinggalah ke Johor malahan hingga ke Singapura dan Thailand. Hubungi kami dan kakitangan kami akan membantu anda untuk membuat pilihan pengangkutan yang terbaik untuk keperluan perjalanan dan kegunaan anda.
Kenapa Sewa Bas Dengan Bus Charter Malaysia?
- Perkhidmatan dan servis kami adalah yang terbaik di Malaysia dan Singapura;
- Pemandu bas kami adalah terlatih dan berpengalaman;
- Kami membawa anda ke destinasi percutian yang menarik bersama pemandu yang berpengetahuan luas.
- Kami menyediakan perkhidmatan bas carta ulang alik ke lapangan terbang tidak kira waktu;
- Mutu dan kualiti perkhidmatan bas sewa kami terjamin serta harga kami adalah berpatutan.
Jangan tunggu lagi, sewa bas dengan kami untuk servis sewa bas yang terbaik
Hubungi kami melalui talian di bawah. Kami gembira untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Untuk kemudahan anda, kami juga telah menyediakan borang seperti di bawah untuk anda membuat tempahan sewa dengan kami.
Untuk maklumat lanjut
E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881
Untuk maklumat lanjut
E-mel: booking@buschartermalaysia.com
Telefon: +603 2780 3881